Dasar Privasi

 

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang  lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal RTM kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau pendaftaran di e-aduan yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam Portal ini.

Maklum Balas

Kami amat mengalu-alukan maklum balas/pertanyaan anda.

Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam Portal ini, keperluan anda akan dimajukan kepada agensi yang berkaitan.

Cookies

Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang.

Portal RTM menggunakan non-persistent cookies atau per-session cookies untuk tujuan teknikal sahaja seperti penukaran bahasa pada Portal ini. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan ia tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ia akan terus di padam sebaik sahaja anda meninggalkan Portal ini.

Implikasi Pautan Laman Lain

Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan

Portal ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Pertanyaan atau Aduan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi atau Portal ini, anda boleh menghubungi kami melalui ruangan 'Hubungi Kami' atau 'Bantuan' yang disediakan dalam Portal ini.


Cetak   Emel

Radio Televisyen Malaysia
Angkasapuri Kota Media
50614 Kuala Lumpur

aduan [at] rtm.gov.my
Tel: 03 - 2282 5333
Faks: 03 - 2284 7591

apps
googleplay bm
huawei bm

  • Kemaskini Terakhir : 26 September 2023.

Jumlah Pengunjung : 44920836

Peralatan Web