SIARAN MEDIA - KONSERT #INIBARUBINTANG 2

 

KONSERT #INIBARUBINTANG 2, AHAD INI DI TV2  

 

KUALA LUMPUR, 8 September 2023 – Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekali lagi menghimpunkan kemunculan bintang-bintang tersohor kelahiran RTM dalam sebuah penganjuran Konsert #INIBARUBINTANG 2 pada 10 September ini.

Merupakan kesinambungan daripada penganjuran Konsert #INIBARUBINTANG yang menerima sambutan hangat orang ramai berlangsung sekitar bulan Julai lalu, RTM terus optimis yang konsert ini mampu menambah kehangatan musim baharu Bintang RTM yang bakal kembali dianjurkan.

Kali ini membariskan artis terkenal Dato’ Jamal Abdillah, Misha Omar, Datuk Andre Goh, Salamiah Hassan, Azharina Azhar, Ernie Zakri, Najib Hanif, Aqasha, Ezad Lazim, Dewi Seriestha, Eylia Guntabid dan Syahz Mohamad.

Konsert terbitan Unit Hiburan TV RTM ini bersiaran secara langsung mulai pukul 9.00 malam di TV2 dan penonton boleh saksikan siarannya dimana sahaja menerusi penstriman langsung, RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).

Sepanjang dua jam bersiaran, konsert ini menampilkan gandingan hos Awal Ashaari dan Jeed Zulkefli.

Terdahulu RTM telah menerbitkan Konsert #Inibarubintang pada bulan Julai lalu yang menampilkan persembahan bintang-bintang hebat seperti Datuk Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Salamiah Hassan, Safar Ghafar, Abdul Rahman Kamaruddin, Liza Hanim, Ayai Illusi, Datin Alyah, Aqasha, Azharina Azhar, Dia Fadilla, Rosario, Haziq Rosebi dan Hariz Fayahet.

TAMAT


Cetak   Emel

Radio Televisyen Malaysia
Angkasapuri Kota Media
50614 Kuala Lumpur

aduan [at] rtm.gov.my
Tel: 03 - 2282 5333
Faks: 03 - 2284 7591

apps
googleplay bm
huawei bm

  • Kemaskini Terakhir : 06 Disember 2023.

Jumlah Pengunjung : 46272612

Peralatan Web