SIARAN MEDIA - HMI: POP YEH YEH DI ANGKASAPURI, SABTU INI

 

HMI: POP YEH YEH DI ANGKASAPURI, SABTU INI

 

KUALA LUMPUR, 15 September 2023 – Radio Televisyen Malaysia (RTM) kembali menghangatkan pentas Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kota Media, menerusi program hiburan santai terbitan Unit Hiburan TV RTM iaitu “HMI, Hiburan Minggu Ini: Pop Yeh Yeh”, yang menemui penonton pada 16 September 2023, Sabtu ini, pukul 9.00 malam.

Bersiaran secara langsung menerusi saluran TV2 dan penstriman langsung di RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my), RTM penuh berharap dalam mengembalikan semula kenangan dan nostalgia lagu-lagu irama pop yeh yeh yang sentiasa mendapat tempat dalam kalangan pendengar. Apatahlagi bagi pihak RTM penganjuran program ini selain bertujuan mengimbau kembali zaman kegemilangan genre itu, pada masa sama dapat memperkenalkan irama pop yeh yeh kepada generasi masa kini.

Artis popular yang bakal membuat persembahan iaitu J Sham, Datuk Jeffry Din, Dato’ L.Ramli, S.Mariam, dan A.Rahman Onn pastinya mengubat rindu peminat menghiburkan penonton dengan lagu malar segar mereka. Manakala hos program menggandingkan Didie Alias berpasangan dengan Ahmad Yasin.

Justeru RTM menarik perhatian orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan program ini bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kota Media. Masuk adalah percuma.

TAMAT


Cetak   Emel

Radio Televisyen Malaysia
Angkasapuri Kota Media
50614 Kuala Lumpur

aduan [at] rtm.gov.my
Tel: 03 - 2282 5333
Faks: 03 - 2284 7591

apps
googleplay bm
huawei bm

  • Kemaskini Terakhir : 06 Disember 2023.

Jumlah Pengunjung : 46272525

Peralatan Web