- Utama
- Pengguna
- Awam
- Siaran Media
- SIARAN MEDIA - RTM PENYIAR RASMI SUKAN ASIA HANGZHOU 2022
Siaran Media
SIARAN MEDIA - RTM PENYIAR RASMI SUKAN ASIA HANGZHOU 2022
RTM PENYIAR RASMI SUKAN ASIA HANGZHOU 2022
KUALA LUMPUR, 19 September 2023 – Radio Televisyen Malaysia (RTM) merupakan Penyiar Rasmi Sukan Asia Hangzhou 2022 ke-19. Selari dengan slogan saluran Sukan RTM “Sukan Untuk Semua”, RTM menyiarkan secara langsung acara Sukan Asia Hangzhou 2022 bermula 23 September hingga 8 Oktober 2023 di saluran Okey, Sukan RTM dan penstriman langsung, RTMKlik.
Sebanyak 60 siaran langsung akan disiarkan melalui saluran Okey dan Sukan RTM dengan purata lapan jam dalam empat sesi. Sesi pagi, laporan harian pagi bermula pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Laporan harian sesi petang pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang. Sesi malam pukul 6.00 petang hingga 8.00 malam. Manakala dua sorotan harian bermula pukul 10.00 malam hingga 11.00 malam.
Siaran langsung Perasmian Pembukaan Sukan Asia Hangzhou 2022 yang dijadualkan pada 23 September 2023 (Sabtu), pukul 6.45 petang akan disiarkan di saluran Okey, Sukan RTM dan menerusi penstriman langsung di RTMKlik. Siaran Langsung Penutup Sukan Asia Hangzhou 2022 juga akan disiarkan pada 8 Oktober 2023.
Saksikan Sukan Asia Hangzhou 2022 hanya di RTM menerusi saluran Okey, Sukan RTM dan menerusi penstriman langsung secara percuma di RTMKlik.