SIARAN MEDIA - NIMAALAN JUARA PERTANDINGAN AKHIR BINTANG MINNAL 2023

NIMAALAN JUARA PERTANDINGAN AKHIR BINTANG MINNAL 2023

 

KUALA LUMPUR, 25 September 2023 – Nimalaan Gangkathran muncul juara Bintang MINNAL 2023 yang berlangsung di Studio M1, Angkasapuri Kota Media, Sabtu lalu sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.00 berserta trofi dan sijil.

Naib juara dimenangi Raajasree Gobi yang menerima hadiah wang tunai RM7,000.00 berserta trofi dan sijil, tempat ketiga Swetha Nair memenangi hadiah wang tunai RM5,000.00 berserta trofi dan sijil manakala Barath Nair merangkul Anugerah Khas Juri dengan hadiah wang tunai RM3,000.00 berserta trofi dan sijil.

Nimalaan yang membawa lagu ‘Aiyayoo Aananthame’ di pusingan solo dan ‘Kodambakkam Area’ di pusingan duet bersama Raajasre berjaya memikat hati juri, Santesh, Tharani Kumar dan Shameshan.

Pentas Akhir Bintang MINNAL 2023 yang dihoskan oleh Ravin, Theyv dan Buvana turut dimeriahkan dengan persembahan tarian daripada Millenium Arts dan Miss MalaysiaIndian Global juga persembahan nyanyian daripada juara Bintang MINNAL 2020, Piraveen dan Dharshaini.

Mendapat tajaan dari Signature Hotel KL Sentral, KPR Food Caterers Sdn. Bhd., Narmy RKD Sdn. Bhd., Warna Mozhi, SMS Deen Jewellers dan Persatuan MMICare.


Cetak   Emel

Radio Televisyen Malaysia
Angkasapuri Kota Media
50614 Kuala Lumpur

aduan [at] rtm.gov.my
Tel: 03 - 2282 5333
Faks: 03 - 2284 7591

apps
googleplay bm
huawei bm

  • Kemaskini Terakhir : 06 Disember 2023.

Jumlah Pengunjung : 46272899

Peralatan Web