- Utama
- Pengguna
- Awam
- Siaran Media
- SIARAN MEDIA - HMI: TEMA “HITS” IMBAU KENANGAN LAGU POPULAR
Siaran Media
SIARAN MEDIA - HMI: TEMA “HITS” IMBAU KENANGAN LAGU POPULAR
HMI: TEMA “HITS” IMBAU KENANGAN LAGU POPULAR DI ANGKASAPURI, SABTU INI
KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2023 – Lagu popular sekitar tahun 80an sememangnya mampu membuai rasa. Tidak hairanlah lagu-lagu antaranya ‘Dua Insan’, ‘Cintamu Mekar Di Hati’, ‘Sekadar Di Pinggiran’, ‘Kehebatan Cinta’, ‘Permata Biru’ masih menjadi siulan sehingga kini tanpa mengira usia.
Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyatukan lapan artis dalam satu pentas sama bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kota Media, menerusi program hiburan santai terbitan Unit Hiburan TV RTM iaitu “HMI, Hiburan Minggu Ini: Hits”, yang menemui penonton pada 28 Oktober 2023, Sabtu ini, pukul 9.00 malam.
Bersiaran secara langsung menerusi saluran TV2 dan penstriman langsung di RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my), RTM mengangkat tema Hits yang sentiasa mendapat tempat dalam kalangan pendengar. Apatahlagi bagi pihak RTM penganjuran program ini selain bertujuan mengimbau kembali zaman kegemilangan sebaliknya memperdengarkan semula kehebatan lagu-lagu zaman 80an kepada generasi masa kini.
Artis popular yang bakal membuat persembahan terdiri daripada Dato’ Francissca Peter, Liza Aziz, Fauziah Latiff, Shidee, Yamani Abdillah dan Nadeera pastinya mengubat rindu peminat menghiburkan penonton dengan lagu hits yang pernah mengukir nama mereka dalam industri muzik. Istimewanya kerana ia turut menghadirkan kemunculan primadona Erra Fazira di samping Ebby Yus dalam segmen sketsa.
Justeru RTM menarik perhatian orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan program ini bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kota Media. Masuk adalah percuma.
TAMAT